Friday 23 November 2012

Ayat Kursi serta kelebihannya


Kelebihan Ayat Kursi
ü  Ayat Kursi digelar sebagai penghulu segala ayat.
ü  Menceritakan kehebatan Allah SWT dalam mentadbir sekalian alam serta makhluknya.
ü  Sewaktu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW,ayat ini diiringi tujuh puluh ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
ü  Penurunannya juga menggemparkan masyarakat iblis dan syaitan kerana bakal menjadi penghalang dalama usaha menyesatkan umat manusia.
ü  Sebaik sahaja penurunannya,Rasulullah SAW segera memerintah Zaid bin Thabit segera menulisnya dan disebarkan pada para sahabat.
ü  Mengandungi dasar-dasar tauhid dan keagungan Allah SWT serta ketulusan ilmuNya.
ü  Mengamalkannya akan hidup dengan jiwa tauhid,dibukakan hati dengan pelbagai hikmah dan dinaikkan marbatnya.
ü  Jika diamalkan selalu akan melindungi daripada gangguan jin dan syaitan.
ü  Sebagai perlindungan daripada bala bencana (atas keizinan Allah SWT).
ü  Pahalanya menyamai satu perempat Al –Quran.Allah mengutuskan malaikat untuk mencatat pahalanya dan dihapuskan dosanya bermula ia membacanya sehinggalah keesokan hari.
ü  Setiap hurufnya memberikan 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
ü  Bagi orang membacanya juga dikurniakan pahala al-Muttaqin dan pahala as-Siddiqin (balasan syurga).
ü  Menjadi pendinding semasa tidur daripada kejahatan jin,syaitan manusia dan binatang.Sesiapa sahaja yang membacanya,dua malaikat akan menjaganya sehingga pagi.
ü  Mengamalkannya mampu memelihara diri,keluarga harta benda dan rumah daripada kecurian,karam didalam air dan runtuh.
ü  Mengatasi kesukaran mendapat rezeki (dibaca sebanyak 170 kali)
ü  Bagi mencapai sebarang hajat,baca ayat kursi sebanyak 170 kali pada waktu malam.
ü  Mudah menghadapi sakaratul maut.
ü  Apabila membacanya ketika keluar rumah,70 ribu malaikat akan mendoakan keselamatannya.
ü  Menyejukkan hati orang yang pemarah.Selalu mengamalkannya akan dapat menghindari daripada gangguan syaitan yang memanaskan hatinya.
ü  Membaca setiap kali selepas solat fardu,Allah mengampuni dosa-dosanya.
ü  Membaca selepas solat subuh dan solat maghrib,dapat memelihara diri daripada kejahatan dari pagi sehingga keesokan harinya.
ü  Sekiranya dibacakan sebanyak 313 kali dalam keadaan suci dan khusyuk (sebaiknya pada waktu malam),Allah akan hilangkan rasa susahnya.
ü  Berkesan dibaca pada orang yang mengalami kerasukan jin dan syaitan dengan menghembus pada air dan diberi minum serta dipercikkan pada badan pesakit.








No comments:

Post a Comment