Sunday 30 December 2012

19 Hadist Rasulullah SAW Mengenai wanita

Bismillahirrahmanirahim..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam 
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang limawaktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.” Hadits Riwayat :Imam Ahmad bin Hambal.








♥ Orang yang SEJAHTERA di pimpin oleh IMAN nya.
♥ Orang yang BIJAK di pimpin oleh AKAL nya.
♥ Orang yang BINASA di pimpin oleh AMARAH nya.
♥ Orang yang BODOH di pimpin oleh KEJAHILAN nya.
♥ Orang yang DZALIM di pimpin oleh NAFSU nya.

♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ Andaikata tiada LIMA perkara nescaya seluruh manusia itu menjadi SOLEH belaka.

♥ Pertama : Dia PUAS dengan KEBODOHAN nya.
♥ Kedua : Dia TAMAK terhadap DUNIA.
♥ Ketiga : Dia BAKHIL dengan KELEBIHAN yang dia ada.
♥ Keempat : Dia RIAK dalam AMALAN nya.
♥ Kelima : Dia SOMBONG kehebatan AKAL nya.






Friday 28 December 2012

"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T"

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wallahualam.







Thursday 27 December 2012

AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah al-waqiah
7. selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari

itu antara amalan-amalan yang boleh kita buat untuk murah rezeki. tak dapat buat semua, buat yang mana mampu. sedikit demi sedikit kita tingkatkan amalan.







Pesanan Rasulullah

Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun
Daripada Sepotong Ayatku ;)

Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut..
Assalamualaikum.
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
Cara senang utk dptkan pahala
walaupun slps mati .
Pasang kipas di surau/masjid
wlaupun 1 , setiap kali org guna ,
anda dpt pahala walau slps mati .

Derma kerusi roda di
hospital . Setiap kali psakit guna ,
anda akn dpt pahala .

Beri baju kpd org , setiap kali
org pakai , anda dpt pahala .

Beri makanan kpd org , anda
dpt pahala selagi makanan itu
mnjadi darah dagingnya .

Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka
mengamalkan pahala anda tetap
ada .

Kongsi mesej ini kpd orang
ramai . Walaupun 1 tolong
kongsikan kpd org, anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah
utk sampaikan ilmu. InsyaAllah yg penting keikhlasan kerana Allah semata2 ...
7 kalimat yg harus di biasakan..

1.Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu.

3.Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk.

4.InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg.

5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian.

7.Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya.

Ada 2 pilihan utk anda :

1.Biarkn sja text ini tanpa bermanfaat utk org lain.

2.Anda sebarkan kepada semua kenalan anda.

Rasulullah bersabda,"Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akann tetap memperoleh pahala..
Amiiin ya rabbal alamin
Semoga bermanfaat.
Amin....






Saturday 22 December 2012

Kehebatan Doa Mengubah Takdir.....


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat......
"Lalu, bagaimana
Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah............

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....







Wednesday 19 December 2012

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT


SEKSA MENINGGALKAN SOLAT


Seksaan Ketika Hidup Di Dunia:
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsungtidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut:
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinyadalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur:
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempitsempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Allah akanmenyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat:
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya denganpandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Jom same-same sebarkan kebaikan walaupun sepotong ayat, bantu saudara-saudara kite yang masih lalai dan leka..



Mari berDOA

#Mari BERDOA#

"Ya Allah kurniakanlah kami LISAN yang lembut basah MENGINGATI dan MENYEBUT (nama) Mu, serta badan yang RINGAN MENYEMPURNAKAN KETAATAN kepada PERINTAH-MU. Ya Allah, kurniakanlah kami IMAN YANG SEMPURNA, HATI yang KHUSYUK, ILMU yang BERMANFAAT, KEYAKINAN YANG BENAR-BENAR MANTAP. (Ya Allah) kurniakanlah kami (ad-Deen) cara hidup yang JITU dan UNGGUL selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon (Ya Allah) yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang lain.

Berikanlah kami (Ya Allah) IMAN yang sebenarnya sehingga kami TIDAK LAGI GENTAR atau MENGHARAPKAN orang lain selain dari ENGKAU sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada KAMI, KELUARGA dan ANAK-ANAK kami serta SESIAPA SAJA YANG BERSAMA-SAMA KAMI. Janganlah (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan (perkenankanlah)."







Friday 7 December 2012

Jangan guna aje,tapi tak tau maksudnya

TOLONG BACA ^__^
mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya






‎10 Pembasuh Dosa & Penawar Hati

Hassan al-Basri r.a. berkata: "Ketika saya berkeliling di jalan-jalan kota Bashrah dan di pasarnya dengan seorang pemuda ahli ibadah, tiba-tiba saya melihat seorang tabib yang sedang duduk di atas kerusi."
Dia dikelilingi oleh laki-laki, perempuan dan anak-anak.
Di tangan mereka masing-masing terdapat gelas yang berisi air. Mereka meminta petua dan ubat untuk penyakitnya.
Kemudian, pemuda yang bersamaku maju ke depan tabib, lalu dia berkata:
"Wahai tabib, apakah kamu punya ubat yang mampu membersihkan dosa dan menyembuhkan penyakit hati? "
Kemudian, si tabib itu menjelaskan:
"Ambillah sepuluh macam ramuan:

1. Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawaddhu' (kerendahan hati),
2. Campurkanlah padanya tumbuhan taubat,
3. Taruhlah ke dalam bekas keredhaan,
4. Tumbuklah dengan penumbuk qana'ah,
5. Masukkan dalam kuali taqwa,
6. Lalu tuangkanlah padanya air malu,
7. Didihkanlah dengan api mahabbah,
8. Tuangkanlah ke dalam gelas syukur,
9. Kemudian kipaslah dengan kipas harapan,
10. Lalu minum dengan sudu pujian.

Sesungguhnya jika kamu mengerjakan hal itu, maka akan menjadi ubat bagimu dari semua penyakit dan bencana di dunia dan di akhirat." - Dipetik daripada Kitab Nashaihul 'Ibad, Imam Nawawi.







Yang wajib kita ketahui



Thursday 6 December 2012

ALLAH segalanya

» Bila Rasa marah...Sebutlah Nama ﺍﻟﻠﻪ.
»» Rasa Geram...Sebutlah Nama ﺍﻟﻠﻪ .
»»» Sakit Hati...Sebutlah Nama ﺍﻟﻠﻪ .
»»»» Dalam Apa Saja Keadaan...Ingatlah ﺍﻟﻠﻪ .
ﺍﻟﻠﻪ Dah Beritahu dalam firmanNya...

"Dengan Mengingati ﺍﻟﻠﻪ , Hati Akan Menjadi Tenang"








Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).


Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.


 Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya).


 Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.








Bacaan duduk antara dua sujud

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (Sayangi aku
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku
Warfa'nii (Angkatlah darjatku
Warzuqnii (Berilah aku rezeki
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa'aafinii (Sihatkan aku)
Wa'fuannii(Maafkan aku)








Jaga 'pandangan'

Assalamualaikum  semua..saya nak kongsi tips macam mne nak kawal nafsu/perasaan bila berhadapan dengan orang yg cantik (seksi)..sebenarnya ini semua terletak kat tangan kita nak manage macam mne.nafsu ni kite boleh kawal..
1)time nampak orang seksi [tak kira laki atau perempuan]
istighfar (astaghfirullahazim) terpandang sekali REZEKI 'ter'pandang dua kali dapat DOSA KERING.

2)time dah nampak orang seksi [tak kira laki atau perempuan]
cakap dalam hati "aku tak nak jadi macam tu" banyak2 berIstighfar dan berzikir moga2 Allah melindungi kita dari perkara yang bukan2.

3)lain kali bile nampak orang seksi [tak kira laki atau perempuan]
amalkan yg 1 & 2 diatas  :)


#tingkatkan iman,kawal perasaan
semoga Allah melindungi kita in shaa Allah




ALLAHUAKHBAR

A- allah maha besar
L- lebih dari segala2nya
L- letakan pada hati
A- akan ada mukjizatnya
H- hanya dia penentu segala.
U- utamakan kalimah2nya
A- antara susah dan senang
K- kembalilah pd suruhannya
H- hiasa kata2 dgn zikirnya
B- buat la setiap masa
A- ada sinar yang menanti
R- resah pasti akan hilang ♡♡♡





Wednesday 5 December 2012

Sarapan penting

Selamat pagi buat semua warga dunia,hehe...dan tak lupe warga Malaysia,dah breakfast?ok dekat sini saya nak kongsi berakfast ini adalah penting untuk kesihatan

perlindungan terhadap sakit jantung.
Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%. 
bak kata cikgu biologi aku,sape yang tak suke bersarapan,minta maaf cepat2 kat kawan..korang paham,kan?ape maksud cikgu aku..jadi jagalah kesihatan dan pemakanan kerana semua penyakit bermula daripada pemakanan harian kita.

Jika tak sempat makan sarapan di rumah,boleh juga korang bawa bekal sendiri,macam roti yg mempunyai bijirin penuh,kalau nak diet sekalipun jangan lupa untuk bersarapan / alas perut.

Bila korang selalu tidak merasa lapar saat pagi hari, Zuckerbrot menyarankan agar korang menghentikan makan setelah pukul 8 malam hari. Dalam dua atau tiga jam ke depan, jam biologis nafsu makan korang akan berubah.  Setiap bangun pagi hari, korang akan merasa lapar. 

beberapa contoh makanan yg 'popular' untuk sarapan/ breakfast






FIKIRAN NEGATIF TIDAK BAIK BAGI KESEHATAN.


1) MARAH selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita mengalami depresi selama 6 jam.

2) DENDAM dan MENYIMPAN KEPAHITAN akan menyebabkan imun tubuh kita mati. Dari situlah bermula segala penyakit, seperti STRESS, KOLESTEROL, HIPERTENSI, SERANGAN JANTUNG, RHEMATIK, ARTHRITIS, STROKE (perdarahan/penyumbatan pembuluh darah).

3) Jika kita sering membiarkan diri kita STRESS, maka kita sering mengalami GANGGUAN PENCERNAAN.

4) Jika kita sering merasa KHAWATIR, maka kita mudah terkena penyakit SAKIT BELAKANG.

5) Jika kita MUDAH TERSINGGUNG, maka kita akan cenderung terkena penyakit INSOMNIA (susah tidur).

6) Jika kita sering mengalami KEMURUNGAN, maka kita akan terkena GANGGUAN TULANG BELAKANG BAGIAN BAWAH.

7) Jika kita sering membiarkan diri kita merasa TAKUT yang BERLEBIHAN, maka kita akan mudah terkena penyakit GINJAL.

8) Jika kita suka ber-NEGATIVE THINKING, maka kita akan mudah terkena DYSPEPSIA (penyakit susah menghadam makanan).

9) Jika kita mudah EMOSI dan cenderung PEMARAH, maka kita mungkin terkena penyakit HEPATITIS.

10) Jika kita sering merasa APATIS (tidak pernah peduli) terhadap orang lain, maka kita akan berpotensi mengalami PENURUNAN SISTEM IMMUNE TUBUH BADAN KITA.

12) Jika kita sering MENGAMBIL MUDAH semua persoalan, maka hal ini akan mengakibatkan penyakit DIABETES.

13) Jika kita sering merasa KESEPIAN, maka kita akan terkena penyakit DEMENSIA SENELIS (berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh).

14) Jika kita sering BERSEDIH dan merasa selalu RENDAH DIRI, maka kita akan terkena penyakit LEUKEMIA (kanser darah putih).

****

Mari kita selalu BERSYUKUR atas segala perkara yang telah terjadi karena dengαn bersyukur, maka HATI ini menjadi BERGEMBIRA dan menimbulkan ENERGI POSITIF dalam tubuh untuk mengusir segala penyakit tersebut dΐ atas....in shaa Allah..












Babi / Khinzir dan 'Branding'nya...


1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

9. Lard : Minyak yg berasakan lemak babi.

10. Ham : Daging Bahagian peha Babi

11. Bacon : Daging babi yg diperap dengan garam

12. Pepperoni :Sejenis salami yg biasanya diperbuat daripada pork dan beef

13. Spam : Spice Ham

14. Sus Scrofa - Babi Liar 'Wild boar'

15. Bak Kut Teh : Sup yang sinonim dengan Sup Babi

16. Pancetta : Italian bacon

17. Chorizo : Sosej diperbuat dari pork meat (Sepanyol)

Sumber : Halal Malaysia







Tuesday 4 December 2012

Fakta tentang Islam ^_^


1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW





Sahabat..

~ KERANA AWAK SAHABAT YANG BAIK ~

● awak adalah insan yg telah ditakdirkan untuk menjadi SAHABAT saya ..
● setiap KELEMAHAN awak adlh tanggjwb saya untuk MENASIHATI ..
● setiap DUGAAN adalah UJIAN untuk menguatkan IMAN ..
● apa gunanya SAHABAT kalau x blh bkongsi rasa DIHATI ..
● apa gunanya SAHABAT kalau x blh saling MENASIHATI ..
● apa gunanya SAHABAT kalau asyik mmentingkn diri sendiri ..
● ap
a gunanya SAHABAT kalau tidak ada rasa SAYANG sikit dihati ..
● sayangi MEREKA selagi mereke digelar SAHABAT ..
● kerana SAHABAT adalah PENTING dalam hidup kita ..

SYABAS ATAS KEMENANGAN ISLAM ^__^







hati mesti kuat !

~ KENAPA HATI KITA KENE KUAT ~

● krna org ISLAM ada ALLAH ..
● krna org ISLAM PERCAYA pada ALLAH ..
● krna org ISLAM hnya BERGANTUNG HARAP pada ALLAH ..
● krna org ISLAM sentiasa YAKIN pada ALLAH ..

● dan bila HATI ada ALLAH ..
● YAKIN PERCAYA dan BERGANTUNG kepada DIA ..
● yang MEMILIKI dan MENENTUKAN SEGALANYA ..
● bgmana mgkin HATI org ISLAM begitu RAPUH & LEMAH ..

BERMULA SETITIK KEBAIKAN ^__^















~ SELALUKAH KITA MEN"SELALU"KAN IA ?? ~


● selalu ada HARAPAN ..
● bagi mereka yang BERDOA ..

● selalu ada JALAN PERTOLONGAN ..
● bagi mereka yang BERUSAHA ..

● selalu ada yang TERBAIK ..
● bagi mereka yang BERTAWAKKAL ..

● selalu ada GANJARAN ..
● bagi mereka yang MEMENTINGKAN UKHRAWI ..

● selalu ada PEMERHATI ..
● bagi mereke yang TAKUT KEJAHATAN ..

● selalu ada BAROKAH ..
● bagi mereka yang YAKIN dan PATUH pada ALLAH ..

INSYALLAH YAKINLAH PADA ALLAH ..
BERMULA SEBUAH KEBAIKAN ^__^