Wednesday 28 November 2012

Niat

‎~ ANTARA GOLONGAN "NIAT" YANG MEROSAK JIWA ~

contoh :

● " yang penting NIAT kita ni haa .. bukan luaran .. "
● " aku letak gambar pakai PURDAH dlm FB ni niat aku bukan nak goda laki .. tapi NIAT nak dakwah .. nak tarik ramai lagi pakai purdah mcm aku ni haa .. yang penting NIAT tuuu .. "
● " aku buka purdah dalam kelas bukan sebab nak tunjuk kecantikan aku kat budak² laki dan pensyarah .. tapi aku NIAT nak belajar .. "
● " tak pe aku nak pakai purdah on off .. tak berdosa pun .. sebab aku NIAT sunat bukan niat wajib .. "
● " apa kau tahu pasal NIAT aku ?? suka² kau nilai aku .. suka hati aku lah nak letak gambar ke tak .. "
● " aku pakai tudung tapi BERFESYEN² moden mcm ni NIAT aku baik .. aku nak tunjukkan yang ISLAM ni tak berfikiran sempit .. ALLAH nilai niat .. bukan perbuatan .. "
● " aku kawan dengan laki (bukan mahram) tu NIAT aku sebab nak tarik dia minat kepada ISLAM .. sebab budak tu teruk .. tapi dia dengar cakap aku bila aku cakap pasal agama .. "

● dan macam² lagi lah komen² NIAT yg mmedihkan mata ..
● pergi mampus dengan niat² korang tu (termasuk laki) .. lepas ni korang pegi makan babi niat kambing ok ??
● ISLAM agama yang pentingkan niat tapi islam bukan agama yang segalanya halal asalkan NIAT BAIK ??
● fahaman nabi .. para sahabat .. tabi'in .. tabi' tabi'in .. muhaddis dan semua ulama tentang NIAT adalah sangat jauh berbeza dengan makhluk² niat di MALAYSIA ni ..

● kefahaman ' NIAT HALALKAN CARA ' ni tak pernah sekali² wujud dalam ISLAM .. ia adalah BID'AH baru dalam masyarakat kita yang dipopularkan oleh golongan ISLAM LIBERAL yang cuba halalkan apa yang diharamkan allah atas nama ' NIAT ' ..

● apa pendapatmu jika bakal suamimu sering menonton video lucah dengan ' NIAT ' ingin belajar cara jimak yang boleh menggembirakan isteri nanti ??
● apa pendapatmu jika seorang lelaki yang ingin bekerja sebagai tukang sembelih tapi sembelih kambing orang dengan ' NIAT ' nak belajar cara sembelih yang betul ??
● apa pendapatmu sekumpulan perompak merompak rumah orang dengan ' NIAT ' duit tu untuk bantu anak² yatim yang miskin ??

● note: depan KITE jangan dok nak ' niat - niat - niat '
● MEMBAWA PERUBAHAN BERSAMA ..
● MAAF JUGAK ANDAI ADA YANG TERASA .. ^__^












Sunday 25 November 2012

JASAD YANG DIJAGA SELAMA HIDUP, BAGAIMANA DI ALAM KUBUR


Inilah fasa-fasa sejak malam pertama masuk ke kuburan hingga 25 tahun.

Malam Pertama - Di kuburan pembusukan dimulai pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan a
dalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam ini saling bergulat dan menjaganya di dunia. Dua hajat, yang karenanya Allah azza wa jalla membuat manusia merugi 
di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kuburan. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai make up, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, nanti tubuh manusia hanya akan memiliki satu warna saja.

Malam Kedua - Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh membusuk seperti: limpa, hati, paru-paru dan lambung.

Hari Ketiga - Di kuburan, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluatkan bau busuk tidak sedap.

Seminggu Setelahnya - Wajah mulai tampak membengkak, dua mata, kedua lisan dan pipi.

Setelah 10 hari - Tetap terjadi pembusukan kali ini pada anggota-anggota tubuh tersebut, perut, lambung, limpa.

Setelah 2 Minggu - Rambut mulai rontok.

Setelah 15 Hari - Lalat hijau mulai bisa mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mulai menutupi seluruh tubuhnya.

Setelah 6 Bulan - Yang tersisa hanya rangka tulang saja.

Setelah 25 Tahun - Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘ajbudz dzanab (tulang ekor). Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat.

Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah dengannya. Oleh karena itulah, jangan biarkan umur kita melewati jasad ini sia-sia, karena dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan. 


















Hadis riwayat Abu Hurairah ra

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:

Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum kaum muslimin memerangi orang-orang Yahudi, lalu kaum muslimin dapat mengalahkan (membunuh) mereka, sampai-sampai seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon lalu batu dan pohon itu berseru: Hai orang muslim, hai hamba Allah, ini seorang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia! Kecuali pohon gharqad (sejenis pohon cemara atau pohon berduri), kerana pohon itu adalah pohon orang Yahudi.

(Shahih Muslim No.5203)





Peringatan

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah SWT mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi. Maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui akan yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”

– Riwayat Imam Ahmad.




Kelebihan berIstighfar

“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”

(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
\




Senyum :)

【ツ】 Senyum ringan tak bersuara tapi penuh makna.
【ツ】 Senyum murah tapi tak ternilai dengan harga.
【ツ】 Senyum tak perlu tenaga tapi besar motivasinya.
【ツ】 Senyum hal yang mudah tapi selalu nampak indah.
【ツ】 Senyum satu hal yang biasa tapi boleh jadi istimewa.
【ツ】Senyum ibadah yang paling mudah tapi berpahala setara dengan sedekah.

【ツ】 Penuhilah hari-hari kita dengan senyuman manis agar semua orang ikut tersenyum bersama kita... 【ツ】
❤ {:-)≈ ﷲ INSYA ALLAH ﷲ (<:-) ❤
Kurangkan gula dalam minuman,banyakkan 'gula' dalam senyuman




Saturday 24 November 2012

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN


Abu Bakar r.a. berkata, "
Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu.

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..." Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya.
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.
SeSiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."
Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.









Warna rambut..Tidak mencium bau syurga..

“Akan ada pada akhir zaman orang-orang yang akan mengecat rambut mereka dengan 

warna, mereka tidak akan mencium bau syurga”

(HR. Abu Daud, An-Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)





Kelebihan Berselawat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat."

(Riwayat Ahmad, al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a.)






Kenapa perlu berkata-kata sebegini??

Jangan sekali-kali berkata...
“Tak sembahyang pun tak apa, tak tutup aurat pun tak apa asal hati baik. Yang solat dan bertudung pun perangai teruk.”

Orang begini telah buat dua kejahatan:
1. Berani menafikan suruhan Allah.
2. Menganggap hati sendiri sudah baik dalam keadaan hatinya masih derhaka pada Allah tidak mahu menurut perintah Allah swt..

jangan terlalu yakin jika kita mempunyai hati yang baik menjamin masuk syurga...


















Friday 23 November 2012

Dengan siapa kita bergaul, itulah sifat kita.


1. Bergaul dengan orang kaya, akan bertambah kecintaan kepada harta
2. Bergaul dengan orang miskin, akan bertambah sifat redha
3. Bergaul dengan para penguasa, akan bertambah sifat takabur
4. Bergaul dengan wanita (bukan mahram), akan bertambah syahwat
5. Bergaul dengan budak-budak, akan cinta kepada permainan
6. Bergaul dengan orang fasik, bertambah keberanian berbuat maksiat dan melambatkan taubat
7. Bergaul dengan orang soleh, bertambah keseronokan untuk beramal
8. Bergaul dengan ulama, bertambah ilmu dan semangat untuk mengamalkan agama

(Imam Abu Laits as-Samarqandi)








Kenapa??

Bila nak bermain ⇨ Milo
Bila nak berehat ⇨ Kit Kat

Bila terasa lapar ⇨ Snikers
Bila nak tambah tenaga ⇨ 100plus

Sedarkah kita makanan dan minuman ini semua agak mahal tetapi tetap akan dicari.. Dan kenapa pula bila hendak solat yang hanya memerlukan air mutlak untuk berwuduk, tapi terlalu sukar untuk kita lakukan??

✓ INGATAN BUAT DIRI SAYA SENDIRI








Doa menghilangkan kesedihan

Doa Menghilangkan Kesedihan

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أ َمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ
قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّي
Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak hamba-Mu, anak hamba perempuan-Mu,ubun-ubunku di tangan-Mu, keputusan-Mu berlaku pada ku, qadha-Mu kepada ku adalah adil, aku mohon pada-Mu dengan setiap nama baik yang engkau gunakan untuk diri-Mu, yang engkau namakan diri-Mu sendiri, @ yang engkau turunkan di dalam kitab engkau @ engkau ajarkan kepada seseorang daripada hamba-Mu, @ engkau sembunyikan di dalam ilmu ghaib disisi engkau, jadikanlah al-quran sebagai penenang hati ku, cahaya bagi dada ku, pelenyap duka & kesedihan ku..:'( Aamiin...






Wanita ibarat rama-rama

‎"Wanita ibarat rama-rama. Apabila jari tersentuh sayap rama-rama, maka hilanglah coraknya. Apabila lelaki bukan mahram, dibiarkan melihat dan menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya, maka hilanglah sedikit demi sedikit kemanisan diri itu. Jagalah sebaik mungkin diri dan auratmu kerana sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah dan malu itu sebahagian dari iman."




Ayat Kursi serta kelebihannya


Kelebihan Ayat Kursi
ü  Ayat Kursi digelar sebagai penghulu segala ayat.
ü  Menceritakan kehebatan Allah SWT dalam mentadbir sekalian alam serta makhluknya.
ü  Sewaktu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW,ayat ini diiringi tujuh puluh ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
ü  Penurunannya juga menggemparkan masyarakat iblis dan syaitan kerana bakal menjadi penghalang dalama usaha menyesatkan umat manusia.
ü  Sebaik sahaja penurunannya,Rasulullah SAW segera memerintah Zaid bin Thabit segera menulisnya dan disebarkan pada para sahabat.
ü  Mengandungi dasar-dasar tauhid dan keagungan Allah SWT serta ketulusan ilmuNya.
ü  Mengamalkannya akan hidup dengan jiwa tauhid,dibukakan hati dengan pelbagai hikmah dan dinaikkan marbatnya.
ü  Jika diamalkan selalu akan melindungi daripada gangguan jin dan syaitan.
ü  Sebagai perlindungan daripada bala bencana (atas keizinan Allah SWT).
ü  Pahalanya menyamai satu perempat Al –Quran.Allah mengutuskan malaikat untuk mencatat pahalanya dan dihapuskan dosanya bermula ia membacanya sehinggalah keesokan hari.
ü  Setiap hurufnya memberikan 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
ü  Bagi orang membacanya juga dikurniakan pahala al-Muttaqin dan pahala as-Siddiqin (balasan syurga).
ü  Menjadi pendinding semasa tidur daripada kejahatan jin,syaitan manusia dan binatang.Sesiapa sahaja yang membacanya,dua malaikat akan menjaganya sehingga pagi.
ü  Mengamalkannya mampu memelihara diri,keluarga harta benda dan rumah daripada kecurian,karam didalam air dan runtuh.
ü  Mengatasi kesukaran mendapat rezeki (dibaca sebanyak 170 kali)
ü  Bagi mencapai sebarang hajat,baca ayat kursi sebanyak 170 kali pada waktu malam.
ü  Mudah menghadapi sakaratul maut.
ü  Apabila membacanya ketika keluar rumah,70 ribu malaikat akan mendoakan keselamatannya.
ü  Menyejukkan hati orang yang pemarah.Selalu mengamalkannya akan dapat menghindari daripada gangguan syaitan yang memanaskan hatinya.
ü  Membaca setiap kali selepas solat fardu,Allah mengampuni dosa-dosanya.
ü  Membaca selepas solat subuh dan solat maghrib,dapat memelihara diri daripada kejahatan dari pagi sehingga keesokan harinya.
ü  Sekiranya dibacakan sebanyak 313 kali dalam keadaan suci dan khusyuk (sebaiknya pada waktu malam),Allah akan hilangkan rasa susahnya.
ü  Berkesan dibaca pada orang yang mengalami kerasukan jin dan syaitan dengan menghembus pada air dan diberi minum serta dipercikkan pada badan pesakit.








Thursday 22 November 2012

Dalam kubur tiada laman sosial



Doa hadapi tekanan (stress)

"Cukup Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung"
(Surah Ali-Imran:173)




Sombong



Nabi saw. bersabda, “Takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan memandang hina kepada orang lain." (HR Muslim).

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri." (Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, “Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan." (HR Muslim).



BACALAH LUAHAN HATI SEORANG anak palestine Fathi Abzinah kepada mereka yang MASIH TIDAK PEDULI Palestine. Allah... T.T

''Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestina ini menderita.

Kamu tahu,kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan melaknat kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini. Kamu tahu,

kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan berteriak menghina kebaculan kalian hari ini.

Tidakkah kamu tahu bahawa,nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat?

Hari yang Allah telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama.

Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan Allah atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti.

“ Ya Allah, mereka saudara kami, tetapi mereka telah membiarkan kami.”

Apakah kamu menyangka Allah akan melepaskan kalian?

Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi. Kerna kami syahid dalam mempertahankan deen Allah yang Allah redhai.

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

Ya Allah selamatkan bumi Palestine

#Sebak je baca kisah ni#

-Jangan lupa tekan share-

Pray for Palestine , Save Gaza , Free Palestine


Sunnah Rasulullah

Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

♥ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

♥ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Hari Jumaat

Hari Jumaat : `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari)

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIM)
Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM)

8 Rahsia Orang Bijak


Semua orang didunia ini suka apabila merasakan diri mereka bijak. Ya, sememangnya manusia adalah makhluk yang bijak kerana mempunyai akal yang mampu untuk membuat pertimbangan. Akal yang bijak sudah semestinya lahir daripada otak yang cerdas. Jadi bagaimanakah cara anda menjaga otak untuk membantu menjadi orang yang lebih bijak?
Mengambil sarapan pagi - Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti persembahan anda untuk sepanjang hari tersebut. Ini menunjukkan bahawa pentingnya mengambil sarapan didalam kehidupan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.
Elak makan secara berlebihan - Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.
Elak merokok - Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.
Elak daripada mengambil gula secara berlebihan - Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.
Hidu udara yang bersih -  Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.
Tidur secara berlebihan - Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.
Tidur dengan menutup muka - Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkan dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.
Kurang berimaginasi/berfikir - Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.

Kawan

If kawan kita cakap "Bila aku dah tak ada, janagn datang dekat dengan mayat aku, sebab time tu tangan aku dah tak boleh nak lap airmata kau"

Apa komen anda ??

ha! yang ini bahaya

Lokasi: Hospital Bahagia Tanjung Rambutan 

Doktor: Saya ada dua berita untuk awak, satu berita baik dan satu lagi berita buruk

Burhan: Apa berita itu doktor?

Doktor: Berita baik, pihak hospital mengucapkan tahniah kepada awak kerana keberanian dan sikap prihatin awak sanggup bertungkus lumus menyelamatkan kawan awak daripada lemas di kolam renang semalam.

Burhan: Apa pula berita buruknya dog?

Doktor: Berita buruk, kawan yang awak selamatkan itu ditemui mati bunuh diri dengan cara mengantung diri di dalam biliknya malam tadi.

Burhan: Oh, dia bukan bunuh diri doktor, saya yang gantung dia malam tadi supaya cepat kering.

Doktor: ????

Perempuan sombong



Maksud Lelaki dan Perempuan


LELAKI bermaksud (L)ebih (E)nsem (L)elaki (A)ndai (K)uat (I)mannya.

WANITA bermaksud (W)anita (A)kan (N)ampak (I)ndah (T)utup (A)uratnya :)


Anak dan ustazahnya

Pelajar : Ustazah,doakan saya ustazah,saya nak dapat 8A dalam SPM ni. Serius.
Ustazah:Ya,insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun.
Ustazah :Ya,apa nama awak?
Pelajar : Adam ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 8A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya. Mak saya kata,kalau saya dapat 8A
,saya boleh mintak apa saja. Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Adam?
Pelajar : Saya nak mak saya tutup aurat ustazah.

Ustazah terkejut dan terharu,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa untuk si pelajar tadi. Allahu Rabbi..♥♥


Memory time kecil ..!