Wednesday, 27 March 2013

SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!



Assalamualaikum wbt. 

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.


“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

~sumber dari facebook saudara seislam~


Wednesday, 13 February 2013

Tayangan Skrin Amalan

Bagi mereka yg menghadapi hisab(hitungan) amalan yg sukar,dia akan ditanya setiap satu amalannya.Yang kecil mahupun besar.Sekiranya bersetuju dan mengakui,maka lebih mudah urusannya.Namun jika ada yang ingin berdolak dalik atau cuba menyembunyikan kebenaran,maka itu mulutnya akan terkunci lantas anggotanya akan menjadi jurubicara dan saksi..Manusia tidak lagi dibenarkan untuk membela diri dan mengemukakan alasan.Juga tidak lagi diterima pengakuan dan taubat si penzalim dan pendusta.
Tatkala itu akan ditayangkan di skirin tayangan segala amalan yang telah dilakukan.Secara langsung tanpa sebarang suntingan.Semuanya terpampang buat tontonan,Tiada kata yang bisa terucap,melainkan rasa malu dan kesal berpanjangan.Semua ini dikhabarkan buat ingatan dalam sisipan mafhum firman al-Rahman dalam surah al-Zalzalah ayat 6-8 "Pada hari itu,manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing)agar dapat diperlihatkan kepada mereka segala amalan mereka (dan balasannya) .Maka sesiapa yang melakukan kebajikan walau hanya seberat zarah,nescaya akan dilihatnya.Begitu juga dengan kejahatan.

MEMILIH KUALITI LAYAR TERBAIK
Justeru apakah amalan kualiti layar kita nanti di akhirat?Apakah watak "antagonis" ini yang anda ingin lihat nanti atau watak lain sabagai suatu pilihan?Babak menarik selimut tatkala azan dilaungkan ATAU babak tangisan yang tersimbah tatkala sujud di ribaan sejadah yang ingin disaksikan?Semuanya terletak pada diri kita untuk membuat penentuan.Istiqamahlah membina plot-plot keikhlasan dalam babak-babak kebaikan dan kebajikan sebagai realiti kehidupan agar sempurna tayangannya nanti dengan latar berbunyi pujian dan kesyukuran.
JazakAllah khairan~

ILMU YANG BERMANFAAT

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Apabila mati seseorang manusia,terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara;sedekah yang pahalanya selalu mengalir(sedekah jariah),ilmu yang bermanfaat serta anak solah yang selalu mendoakan."
(riwayat ai-Bukhari dan Muslim)

Ilmu yg bermanfaat akan kekal membuahkan pahala selagi mana ia diamalkan tidak kira oleh diri sendiri atau orang laindan selagi mana ia disebarkan.


Sunday, 30 December 2012

19 Hadist Rasulullah SAW Mengenai wanita

Bismillahirrahmanirahim..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. 

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam 
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang limawaktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Barangsiapa mempunyai harta yang banyak, akan lama hisabnya pada hari Akhirat.” Hadits Riwayat :Imam Ahmad bin Hambal.








♥ Orang yang SEJAHTERA di pimpin oleh IMAN nya.
♥ Orang yang BIJAK di pimpin oleh AKAL nya.
♥ Orang yang BINASA di pimpin oleh AMARAH nya.
♥ Orang yang BODOH di pimpin oleh KEJAHILAN nya.
♥ Orang yang DZALIM di pimpin oleh NAFSU nya.

♥ Imam Ali bin Abi Thalib radhiallahu anhu berkata :
♥ Andaikata tiada LIMA perkara nescaya seluruh manusia itu menjadi SOLEH belaka.

♥ Pertama : Dia PUAS dengan KEBODOHAN nya.
♥ Kedua : Dia TAMAK terhadap DUNIA.
♥ Ketiga : Dia BAKHIL dengan KELEBIHAN yang dia ada.
♥ Keempat : Dia RIAK dalam AMALAN nya.
♥ Kelima : Dia SOMBONG kehebatan AKAL nya.






Friday, 28 December 2012

"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T"

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan ‘riba’.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Wallahualam.







Thursday, 27 December 2012

AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI

1. solat awal waktu
2. jangan buat mak ayah marah
3. rajin bersedekah walaupun 10 sen
4. rajin tolong orang
5. rajin buang sampah atau halangan daripada jalan raya (orang lalu lalang)
6. baca surah al-waqiah
7. selawat 1000 kali sehari
8. suka menyampaikan ilmu walaupun sedikit
9. tidak mengungkit-ungkit pemberian
10. niat cari rezeki kerana Allah
11. selalu berpuasa sunat
12. beristigfar 100 kali setiap hari

itu antara amalan-amalan yang boleh kita buat untuk murah rezeki. tak dapat buat semua, buat yang mana mampu. sedikit demi sedikit kita tingkatkan amalan.