Thursday 30 January 2014

Betul @ Tidak ?Hati yg jawab

Untuk RENUNGAN DIRI & BERSAMA.

PERASAN TAK? 
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya.

PERASAN TAK?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen: drama Korea, Teduhan Kasih, Adam & Hawa, dll.

PERASAN TAK?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

PERASAN TAK?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

PERASAN TAK?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan lama dan panjang.

PERASAN TAK?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

PERASAN TAK?
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.



Tuesday 28 January 2014

"AKU BERSYUKUR"

Apa perasaan korang kalau orang yang korang sayang beralih hati kepada orang lain.Tambahan lagi orang yang menggantikan tempat korang tu kawan korang sendiri,Adakah korang selesa dengan keadaan seperti itu??Jawapannya (aku tanya aku jawab) mestilah tidak.Itulah situasi yang perlu aku hadapi,bukan dua orang bukan tiga orang tetapi aku bersendirian.Bile diingat-ingat pernah satu hari ni aku berdoa,doa tu berbunyi macam ni "Ya Allah jika (nama si fulan) baik untuk agamaku dan dunia akhiratku maka Kau permudahkan jalan kami,jika sebaliknya maka Kau sukarkanlah" mungkin Allah sudah tetapkan seseorang yang terbaik untukku.Bila dengar ada rakan yang cakap yang si fulan itu buruk akhlaknya,hati mengucap syukur.Allah telah permudahkan jalanku.Alhamdulillah Allah masih perlihara aku dari sebarang dosa (rindu pada bukan muhrim) atau berzina dengan hati.Atau mungkin ada ujian lagi hebat untukku tempuhi.Wallahualam..tetapi Allah hanya akan menurunkan ujian buat hambanya yang sedia menempuhinya.Lama tempoh untuk aku menjadi sedia kala,Kadang-kadang senyuman yang aku hadiahkan untuk kawanku semua palsu.Mungkin ini bahana "ter"cinta manusia sebelum bercinta dengan Pencipta Cinta (Allah S.W.T).Sekarang aku masih belajar untuk mencintai Allah (Tuhan Sekalian Alam)..InsyaAllah Allah akan permudahkan semua untukku dan untuk korang yang masih ' lalai' sepertiku.


Tuesday 14 January 2014

Kisah Rasulullah ketika menghadapi Sakaratul Maut.

sediakan tisu sebelum anda membaca kisah Rasullah ini..

" kalau kita syg pada ayah, kalau kita sayang pada ibu, dgn Rasulullah lagi kita kena syg..kenapa..kerana Rasulullah sebut nama kita diakhir nyawa rasululllah..
'wahai malaikat maut, pergi kamu ke rumah Muhammad,cabut nyawanya kalau dia izinkan dicabut nyawanya..' malaikat turun tuan2, sampai dhadapan rmh rasulullah,'assalamualaikum'..
Fatimah jwb "waalaikumsalam'..'boleh saya jmpa rasulullah..'jwb fatimah 'rasulullah gering, minta maaf'..ditutup pintu..'Assalamualikum'..bukak balik,waalaikumsalam, kan aku ckp rasulullah gering' ..ditutup balik pintu,sehingga tiga kali diberi salam fatimah berkata, 'tuan, rasulullah sedang gering, baliklah kamu'..yg didepan itu adalah malaikat maut,malaikat yg mesti menemui kita,rasulullah bertanya kpd fatimah,'siapa itu fatimah'..'entahlah rasulullah, aku tidak pernah melihat wajah itu, sgt menakutkan, orgnya sgt menggerunkan,'kamu tidak tahukah fatimah,itulah makhluk Allah yg meramaikan tanah kubur,yg mengurangkan bilangan manusia didunia..itulah fatimah.. makhluk Allah yg kerjanya memutuskan kenikmatan dunia,wahai fatimah itulah malaikat maut, jemput dia masuk'..

Bila disebut itu malaikat maut fatimah jatuh pengsan..sbb dia tahu ini adalah hari terakhir nabi Muhammad bersama dia...subhanallah..inilah malaikat yg akan jmpa saya yg akan jmpa tuan2 yg akan jumpa seluruh manusia apabila tiba waktunya..namanya malaikat maut..yg kita lari daripada dia dia tetap sampai,kita bina rmh tembuk yg tinggi dia tetap sampai,kita mkn ubat mcmna pun dia tetap sampai,kita joginglah mcmna pun dia tetap sampai..dan apabila dia sampai dia tidak akan melewatkan walau satu saat pun melainkan khas utk nabi Muhammad..dia tanya nabi muhammad...' wahai Muhammmad,Allah utuskan aku utk mencabut nyawa kamu, itu pun jika kamu izinkan wahai Muhammad'..kata Rasulullah..'aku izinkan wahai malaikat maut..aku izinkan,tapi dgn satu syarat..aku nak jumpa dgn kekasihku jibrail alaihisalam..' 

Lalu jibrail pun turun tuan2..Rasulullah tanya pada jibrail dlm keadaan sakit, rasulullah kata' wahai jibrail, apakah yg Allah sediakan pada aku kalau aku mati hari ini wahai jibrail'..jwb jibrail. 'Muhammad..pintu langit sudah terbuka utk kamu,pintu syurga terbuka utk kamu,berbaris para nabi dan rasul menunggu kamu,berbaris para malaikat dan bidadari menunggu kamu wahai Muhammad..' nabi berkata.' bukan itu yg aku maksudkan wahai jibrail..' 'apa yg kamu maksudkan wahai Muhammad'..'aku ingin tahu kalau aku mati sekarang apa yg Allah akan berikan kpd umat aku'..subhanallah tuan2..nabi hnya sanggup mati hanya apabila dia puashati apa yg Allah nak bagi kpd kita..Jibrail berkata, 'wahai Muhammad, Allah sayang kpd kamu,Allah syg kpd umat kamu,umat kamu adalah yg paling awal dibangkitkan pada hari kiamat,umat kamu yg paling awal dihisab, umat kamu adalah umat yg paling awal dimasukan kedlm syurga wahai Muhammad'..bila dgr Jibrail berkata itu,rasulullah tersenyum..'Alhamdulillah...wahai malaikat maut cabutlah nyawaku'..Jibrail berkata kpd malaikat maut..' kamu kenalkah siapa yg kamu nak cabut nyawanya ini malaikat maut..'kata malaikat maut..'aku kenal..ini Muhammad bin Abdullah rasulullah kekasih Allah yg paling mulia.' ' kalau yg demikian kamu cabut nyawanya sehabis2 perlahan wahai malaikat maut'..kata malaikat maut,' wahai jibrail tidak ada manusia yg aku cabut nyawanya sehabis2 perlahan melainkan kekasih Allah ini wahai jibrail'..

Tuan2 masa inilah Rasulullah hendak berpisah dgn kita semua,bila roh nabi perlahan2 dikeluarkan dari jasad,nabi Muhammad mencelup tangan dia kedlam air lalu dibasahkan kemukanya..diulangnya beberapa kali...itu menunjukkan betapa sakitnya mati..nabi doa tuan2..nabi berdoa 'Ya Allah..mudahkanlah sakaratul maut aku'..nabi Muhammad yg takdak dosa pun berkedut dahinya menahan sakit..nabi Muhammad yg maksum tidak ada dosa,ambik air sapu dimuka berdoa..'Ya Allah ..ringankan kesakitan maut keatasku ya Allah.' bayangkan tuan2 kalau kita mati bagaimana tuan2..bygkan kita yg banyak dosa, dosa dgn mak,dosa dgn bapak, dosa dgn kwn, dosa dgn suami dosa dgn isteri, dosa dgn anak2..mak kita kita pernah tengking, bapak kita kita pernah jerkah,anak kecil kita kita pernah tampar dia..berapa bnyak dosa kita tuan2..dosa kita pukul kucing, dosa kita tak bagi mkn kucing,dosa kita mengumpat, dosa kita mencarut dosa kita maki..mcmna kita nak mati nnti tuan2..nabi yg tidak ada dosa pun sakit matinya..masa itulah ketika nabi ditarik nyawanya, nabi berkata.' sakitnya mati..sakitnya sakaratulmaut..' jibrail masa itu tk nak tgk muka rasulullah..' nabi bertanya kpd jibrail..'kamu tidak mahu melihat aku wahai jibrail'..kata jibrail' bkn aku tak mahu tgk kmu wahai Muhammad,aku tidak sanggup tgk manusia yg paling agung sakit ..aku tak sanggup tgk..' rasulullah berkata kpd jibrail..' beginikah sakitnya mati jibrail..' kata jibrail..'umat kamu lagi sakit muhammad'..Rasulullah menjawab..'sakitnya mati wahai jibrail..kalau beginilah sakitnya mati jibrail aku yakin umat aku tidak akan mampu menahan kesakitan mati..wahai jibrail sementara aku masih boleh bercakap ini, kau mintaklah izin kpd Allah.biar aku tanggung kesakitan mati seluruh umatku , biar umatku mati tidak sakit tetapi sakit itu aku seorang menanggungnya ..kerana mereka tak akan dpt menahan sabar dgn kesakitan ini..tolonglah minta kpd Allah..'

Jibrail menggelengkan kepala lalu berkata..' tidak boleh wahai Muhammad,umat kamulah yg menangung nya...bnyak dosa mereka beratlah mati mereka, bnyak pahala mereka ringanlah mati mereka..'..nabi menangis tuan2..'aku tak boleh tolong umat aku..' apabila naik rohnya sampai kepusat,nabi sebut 'as solah'...jagalah solat...naik lagi diatas..'wannisa..' jaga org perempuan..sampai diatas lagi tuan2 nabi masih sebut..'ummati..ummati..ummati..' umatku ,umatku, umatku..diakhir nyawa nabi tuan2 nabi masih sebut umatku..ni..siapa umatku..kita semua, punya sygnya rasulullah pada kita tuan2 tak tau nak habaq sampai mati pun masih sebut, sehinggalah sampai hari kiamat ada hadis sebut ..' ketika nabi dibangkitkan dipadang mahsyar,bangun nabi dipadang mahsyar,nabi akan bertanya 'dimana umatku'..subhanallah tuan2..sebab itulah kita wajib cinta kpd nabi Muhammad saw..tuan2 yg dirahmati Allah jom kita berselawat sama2..sbgai cinta kita kpd nabi saw..."