Tuesday 31 December 2013

Tolong Hargai Seseorang ,Itu kerana Takdir Allah S.W.T

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan.Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain.Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak,nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi.Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu.Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain?Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.Kamu juga akan menyesal.

Dan jangan lupa,kita tidak pernah berseorangan (single > perkataan yg sering digunakan oleh anak muda zaman ni) Allah sentiasa bersama kita :-)  :-)  :-)




Monday 23 December 2013

Ciri-ciri Isteri Idaman a.k.a Mawar Agama

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Selamat tengahari ,wahai pembaca2 sekalian.Hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu yang baru saya dapat beberapa hari yang lepas hasil dari pembacaan sebuah novel islamik :) dan pembacaan daripada artikel di internet ..


Suami itu beruntung apabila dia memiliki seorang isteri yang beragama, baik akhlak, taat, tidak degil, pandai melayan suami, serta manis mulutnya. Walaupun isterinya itu tidaklah secantik mana, sekalipun kulit dia hitam tapi bila hati dia bersih maka suami akan nampak isterinya itu putih walaupun semua orang lain kata isterinya itu hitam.

Buat apa dapat isteri yang cantik jelita, seksi meksi, putih melepak, tapi degil tak dengar nasihat, tidak bersyukur, tidak melayan suami,mulutnya pula macam "naga berapi" selalu membakar hati suami.

( Ustaz Azhar Idrus )

** Kecantikan tidak menjamin kebahagiaan...


Apabila seseorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu,berpuasa sebulan (Ramadhan),
menjaga kehormatan dan taat kepada suami,dia akan disuruh memasuki syurga dengan mana-mana pintu yang dia sukai.
-HR.Ahmad



Tuesday 17 December 2013

Adab Memandikan Bayi Baru Lahir (Khalifah Allah yg Baru )

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

....
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. 

Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih.

Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim.

Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. 



Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share kepada semua , biar semua tahu...



ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENJAGA!

Pengalaman daripada kawan facebook..Ini membuktikan kekuasaan Allah S.W.T

Pagi ni ke Hsptl Selayang ambil darah jam 8am. Kemudian ke UIA melalui jalan Kuching. 2 Line kanan agak sibuk dgn kenderaan, manakala line kiri agak kosong. Saya ambil line tengah...tiba2 TERASA SATU HENTAMAN YANG SANGAT KUAT PADA SIKU KIRI...ADUH!! ALLAHU AKBAR! Alhamdulillah motor saya tidak jatuh.

Sejurus itu juga nampak sebuah Myvi Biru meluncur laju ke depan. Side mirrornya PATAH! Melihat pd kelajuannya, pemandu Myvi tu bawa paling kurang pun 100km sejam...saya berhenti ke tepi, terasa lagi siku kiri sakit...tiada tanda patah, mungkin lebam..

Terfikir sendiri, kalaulah saya tidak amalkan doa & zikir yg Rasulullah SAW ajar setiap pagi, pasti hentaman itu BAKAL mencederakan saya dgn lbh teruk. Berkat doa2 tersebut hanya siku kiri yg terkena. Tambahan pula semasa dihentam Myvi Biri tadi, saya sedang membaca surah al-Ma'idah...alhamdulillah, tapi lebam dah mula kelihatan..Semoga ia kaffarah dosa!

وَإِن يَمسَسكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كاشِفَ لَهُ إِلّا هُوَ ۖ وَإِن يَمسَسكَ بِخَيرٍ فَهُوَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al-An'am[6:17]).

Juga firmanNya:

وَإِن يَمسَسكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كاشِفَ لَهُ إِلّا هُوَ ۖ وَإِن يُرِدكَ بِخَيرٍ فَلا رادَّ لِفَضلِهِ ۚ يُصيبُ بِهِ مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ ۚ وَهُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (Yunus[10:107]).

HANYA ALLAH SEBAIK2 PENJAGA!

Quran?

قالَ هَل ءامَنُكُم عَلَيهِ إِلّا كَما أَمِنتُكُم عَلىٰ أَخيهِ مِن قَبلُ ۖ فَاللَّهُ خَيرٌ حٰفِظًا ۖ وَهُوَ أَرحَمُ الرّٰحِمينَ

Bapa mereka (Nabi Ya'qub) berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan" (Yusuf[12:64]).



*dikongsi oleh kawan facebook saya.



Friday 13 December 2013

Ganjaran ,SubhanAllah !






8 Perkara mendatangkan pahala tanpa beribadat



1- Sesiapa ingin mendapat pahala solat malam semasa tidur maka jangan melakukan maksiat pada siang harinya.

2- Sesiapa yang ingin mendapat pahala puasa sunat sedangkan dia tidak berpuasa, maka jagalah lidahnya.

3-
Sesiapa yang ingin kelebihan seperti para ulamak, maka hendaklah dia suka berfikir.

4- Sesiapa ingin pahala Jihad sedangkan dia berada di rumah, hendaklah dia berjihad melawan syaitan.
5- Sesiapa yang ingin pahala sedekah sedangkan dia tidak mampu bersedekah, maka hendaklah dia mengajar ilmu daripada apa yang dia telah pelajari.

6- Sesiapa yang mendapat pahala haji sedangkan dia tidak mampu, maka hendak sentiasa menunaikan solat Jumaat.

7- Sesiapa yang ingin Fadhilat Ahlul Ibadat, maka hendaklah dia memperbaiki hubungan sesama manusia dan jangan menimbulkan persengketaan sesama manusia.

8- Sesiapa yang ingin mencapai Fadhilat Abid ( Orang yang sentiasa dalam ibadat kepada Allah SWT ) , maka hendaklah dia meredhai kepada sahabatnya dengan apa yang dia redhai pada dirinya sendiri.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 810.




Thursday 12 December 2013

Perlukah perkenalan?

Adakalanya kita terpaut hati dengan orang yang tak pernah kita kenal.Ada jugak yang tersangkut hati dengan insan yang dah lame dia kenal..tapi sejauh mane cinta itu akan berkekalan?adakah bergantung pada sikap pasangan ataupun ataupun cara mereka akrabkan lagi perhubungan.Itu semua tidak terletak pada bagaimana cara perkenalan mereka,Ada yang cakap "CINTA ITU BERMULA DARIPADA PERKENALAN" ..Tapi bila difikir2kan ..kalau cinta pandang pertama tak membabitkan situasi perkenalan..Dari pandagan mata yang pertama sudah jatuh ke hati tanpa didorongi oleh nafsu,Contohnya,sorang lelaki dan wanita..masing2 terpandang antara stu sma lain..dan melahirkan satu prasaan yg menyentuh kalbu..kemudian lelaki tersebut meminang wanita itu dan mereka mendirikan rumah tangga.Itu dikatakan jodoh daripada Allah.Ramai yang mengimpikan mendapatkan cinta ini.Tetapi hanya segelintir manusia sahaja yang dapat merasai kehebatan cinta yang datang daripada Allah ini.

*susah bile hati dah berbunga ni,cinta hadir tanpa perkenalan,mahu berusaha mendapatkannya.tetapi masih belum ada kekuatan yang cukup kuar ibarat  mahu meruntuhkan dinding konkrit yang teguh (cuma andaian shja)...cukup susah mendekati si dia.walau aku tak tahu siapa dirinya cukuplah hanya sekadar nama yang terlekat di minda.itu mampu mengingatkan aku kepada dirinya(tidakkah kamu rasa dirimu begitu istimewa?)

TERIMA KASIH ALLAH KERANA MENGUNDANGKAN CEBISAN RASA CINTA TERHADAP HAMBAMU :)



Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita

LELAKI DAN WANITA..

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

(Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…)

Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

(Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.)




Friday 19 July 2013

Kisah Bertapa NABI MUHAMMAD SAW sayang terhadap umat-umatnya

Yazid Ar-Raqqasyi dari Anas bim Malik r.a berkata : Sewaktu Jibril menceritakan kepada Nabi SAW mengenai neraka. Jibril menerangkan 7 pintu neraka dan penghuni pada setiap pintu : 

  1. Pintu yang terbawah bernama alhawiyah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun.
  2. Pintu yang kedua bernama Jahim untuk orang-orang musyrikin.
  3. Pintu yang ketiga bernama saqar untuk orang-orang shobiim.
  4. Pintu yang keempat bernama ladha untuk Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi.
  5. Pintu yang kelima bernama huthomah untuk orang Yahudi
  6. Pintu keenam bernama sa'ier untuk orang kristian (Nasara)
Kemudian Jibril diam seketika dan segan pada Rasulullah sehingga Rasulullah tanya : Mengapa engkau tidak terangkan penduduk pintu ketujuh? Maka Jibril menjawab : Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat. Maka Nabi SAW jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi di pangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi bersabda : Ya Jibiril sungguh besar kerisauanku dan sedihku, apakah ada seorang dari umatku akan masuk ke dalam neraka? Jawabnya : Ya, iaitu orang berdosa besar dari umatmu.

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibirl juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. Sehingga sahabat baginda Umar dan Salman Al-Farisi datang ke rumah baginda tetapi tidak dapat bertemu Nabi. Nabi SAW menangis di dalam rumahnya selama beberapa hari sehingga sebam muka baginda kerana mengenangkan umatnya.

Betapa seksa dan ngeri penyeksaan yang dihadapi oleh umat Rasulullah di dalam neraka. Allah memanggil Jibril : Pergilah engkau lihat keadaan mereka di dalam neraka. Maka pergilah Jibril kepada Malik yang sedang duduk di atas mimbar di tengah jahanam. Dan ketika Malik melihat Jibril segera bangun hormat berkata : Ya Jibril mengapakah engaku datang ke sini? Jawabnya : Bagaimana keadaan rombongan maksiat dari umat Muhammad SAW? Jawab Malik : Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman. Jibril berkata : Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melihat mereka, maka Malik menyuruh Zabaniyah membuka tutup dan ketika mereka (penghuni neraka) melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan malaikat bahagian menyeksa, lalu penghuni neraka bertanya : Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu? Jawab Malik : Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Muhammad SAW. Dan ketika mereka mendengar nama Muhammad SAW maka serentak menjerit : Ya Jibril sampaikan salam kami kepada Muhammad SAW dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya, dan beritakan kepadanya keadaan kami. Maka kembalilah Jibril menghadap Allah, lalu ditanya : Bagaimana kamu melihat umat Muhammad? Jawabnya : Ya Tuhan alangkah buruk keadaan mereka. Lalu bertanya Allah : apakah mereka minta apa-apa kepadamu? Jawabnya : Ya mereka meminta sampaikan salam kepada Muhammad.

Jibril datang berjumpa Muhammad lalu berkata : Ya Muhammad saya datang dari rombongan orang yang durhaka dari ummatmu mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa sangat buruk keadaan yang mereka alami.

Maka pergilah Nabi SAW ke bawah Arasy sujud dan memuji Allah dengan pujian yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun, sehingga Allah menyuruh Nabi : Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberi, dan ajukan syafaatmu pasti akan diterima, maka Nabi SAW bersabda : Ya Tuhan orang-orang derhaka dari umatku, telah terlaksana pada mereka hukum-Mu, maka terimalah syafaatku. Allah berfirman : Aku terima syafaatmu terhadap mereka, maka pergilah ke nereka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap "La ilaaha illallah" maka pergilah Nabi SAW ke neraka dan ketika dilihat oleh malaikat Malik segera ia bangkit hormat, lalu ditanya : Hai Malik bagaimanakah keadaan umatku yang derhaka? Jawabnya : Alangkah buruk keadaan mereka dan sempit tempat mereka, lalu diperintah bukalah pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang neraka itu melihat Nabi Muhammad SAW mereka menjerit : Ya Muhammad, api nereka telah membakar kulit kami, maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu di bawa mereka itu ke sungai di muka pintu syurga yang bernama Nahrul hayawan, da disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda gagah elok, bulat matanya, sedang wajah mereka bagaikan bulan, tertulis di atas dahi mereka aljahanamiyun (orang-orang jahanam yang telah di bebaskan oleh Allah.) Dari neraka, kemudian mereka masuk ke syurga, maka apabila orang-orang neraka melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata : Aduh sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka, demikianlah sebagaimana Firman Allah :  (Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang muslimin.)

Lihatlah betapa besarnya kasih sayang Nabi SAW kepada kita sehinggakan baginda menangis selama beberapa hari akibat mengenangkan nasib kita (umatnya). Semoga kita semua dapat syafaat daripada baginda di akhirat kelak.



Wednesday 27 March 2013

SUNNAH YANG DITINGGALKAN!!



Assalamualaikum wbt. 

Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada ustaz saya. Kisahnya begini. Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (saya tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz saya simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (saya tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.


“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz saya. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz saya.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian saya yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada anda semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

~sumber dari facebook saudara seislam~


Wednesday 13 February 2013

Tayangan Skrin Amalan

Bagi mereka yg menghadapi hisab(hitungan) amalan yg sukar,dia akan ditanya setiap satu amalannya.Yang kecil mahupun besar.Sekiranya bersetuju dan mengakui,maka lebih mudah urusannya.Namun jika ada yang ingin berdolak dalik atau cuba menyembunyikan kebenaran,maka itu mulutnya akan terkunci lantas anggotanya akan menjadi jurubicara dan saksi..Manusia tidak lagi dibenarkan untuk membela diri dan mengemukakan alasan.Juga tidak lagi diterima pengakuan dan taubat si penzalim dan pendusta.
Tatkala itu akan ditayangkan di skirin tayangan segala amalan yang telah dilakukan.Secara langsung tanpa sebarang suntingan.Semuanya terpampang buat tontonan,Tiada kata yang bisa terucap,melainkan rasa malu dan kesal berpanjangan.Semua ini dikhabarkan buat ingatan dalam sisipan mafhum firman al-Rahman dalam surah al-Zalzalah ayat 6-8 "Pada hari itu,manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing)agar dapat diperlihatkan kepada mereka segala amalan mereka (dan balasannya) .Maka sesiapa yang melakukan kebajikan walau hanya seberat zarah,nescaya akan dilihatnya.Begitu juga dengan kejahatan.

MEMILIH KUALITI LAYAR TERBAIK
Justeru apakah amalan kualiti layar kita nanti di akhirat?Apakah watak "antagonis" ini yang anda ingin lihat nanti atau watak lain sabagai suatu pilihan?Babak menarik selimut tatkala azan dilaungkan ATAU babak tangisan yang tersimbah tatkala sujud di ribaan sejadah yang ingin disaksikan?Semuanya terletak pada diri kita untuk membuat penentuan.Istiqamahlah membina plot-plot keikhlasan dalam babak-babak kebaikan dan kebajikan sebagai realiti kehidupan agar sempurna tayangannya nanti dengan latar berbunyi pujian dan kesyukuran.
JazakAllah khairan~

ILMU YANG BERMANFAAT

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Apabila mati seseorang manusia,terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara;sedekah yang pahalanya selalu mengalir(sedekah jariah),ilmu yang bermanfaat serta anak solah yang selalu mendoakan."
(riwayat ai-Bukhari dan Muslim)

Ilmu yg bermanfaat akan kekal membuahkan pahala selagi mana ia diamalkan tidak kira oleh diri sendiri atau orang laindan selagi mana ia disebarkan.