Sunday 4 January 2015

Ilmu oh ilmu ~ (part 1)

Zaman kanak-kanak
Haaa mesti korang rindu zaman ni.
Bangun pagi mak kejut
Lepas solat subuh,sarapan
tadaaaa...

macam-macam sarapan mak kita masakkan,siap bekal lagi..
Sape tak sayang anak,kan?

Aku belum ada anak lagi,
Anak tekak ade la.haha

Flashback dari zaman tadika dulu..
Zaman sekolah rendah.
Time darjah 6,kemain kau berlagak jadi senior
Lepas tu ..
kau masuk sekolah menengah jadi junior balik *haha
Time ni zaman paling famous >_<
Pejam celik..ehh dah form 5
*cepatnya masa berlalu

Sedar tak sedar.kau dah jadi bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN XXX
Dah masuk alam "dewasa" *gamaknye

Masing-masing dah bawa haluan sendiri.
Sepanjang hidup kau bergelar budak bawah umur.

Pernah tak kau terfikir..

Apa tujuan kau pergi sekolah?

Apa tujuan kau amik sijil UPSR,PMR,SPM ?dan sekarang ada PT3

Apa tujuan kau bangun pagi-pagi?

Apa tujuan beli buku banyak-banyak? ,bahkan beratus beribu mak ayah kau keluarkan duit semata-mata nak belikan buku untuk kau selama 11 tahun kau bergelar pelajar sekolah .

Haaa..

mungkin ada yang terfikir,dan mungkin ada yang tak terfikir langsung!

Sokayy2

Kau belajar.result kebam keboom *macam bunyi mercun

UPSR 5A
PMR 8A
SPM 9A+

Uishhh hebat. *tepuk tangan sikit
Geliga otak kau.
Kalah aku ni ha.result cukup makan
Tapi alhamdulillah ^_^

Dengan sijil-sijil ni,dapat kerja bagus.
Alhamdulillah.
beli la apa-apa yang kau nak beli.

Tapi~

Boleh ke kau beli ilmu ?

"kan dah kaye,beli jelah..jutawan kot ,tak mampu apenye"
...................................................................
"Manusia tak akan berhenti menuntut ilmu sehingga ke liang lahad"
...................................................................
-Kata-kata cikgu mathematics aku time darjah enam dulu.

Maksudnya:
Masa nak gali kubur pun,kau masih perlukan ilmu,nak korek berapa dalam
Keluasan,lebar,luas,skill nak korek tanah,cara-cara nak pegang cangkul..
Senang kata,semua perlu ilmu..

Ok,see..banyak,kan?

Tuntut ilmu

Bukan setakat kau duduk,
Dengar cikgu / pensyarah bebel dekat depan.*mengajar
Habis masa..
Bla.*keluar kelas

Bukan bukan bukan ...
Tak semestinya.kalau ilmu mesti hadap buku..

Contoh:

Kau tak reti siang ikan
Time mak kau masak dekat dapur,tolong-menolong la,sambil belajar.
Satu persatu dia ajarkan cara nak siang ikan.

From that day, *cehh
kau dah reti siang ikan sendiri.
Masak sendiri.

Haa itu lah skillnya
Kau belajar tadi ada pakai buku tak?
Pen?
Tak ada,right ?

Okay,dah dapat ilmu.pandai dah.
Alhamdulillah ..
Malas belajar,hadap buku,bosan sangat :(
Hahaha.aku pun malas jugak

Tapi

Disebabkan fikir mak ayah yang berhempas pulas besarkan aku,yang tak jemu-jemu layan kerenah aku.aku gagahkan diri :')

Jangan layan malas, *nasihat untuk aku jugak
Walau sekali..
Nanti die datang lagi tanpa diundang !

S  E M ANGAT!
Yesss ,semangat perlu ada..carilah mana kekuatan kau.

In shaa Allah,Allah bantu ..
Doa tak dikabulkan?

:) SABAR

Allah uji,makna Allah sayang kita
Aku pun taklah kuat mana.

Yokk..

Kita sama?sama timba ilmu Allah yang luas ^_^
Wallahualam
*Maaf terkasar
Sekian.



Saturday 3 January 2015

Makin diASAH Makin P A R A H

"Bro,parent sihat?"

"Apa?parent?ah jahanam ah diaorg."

" Weh3.Kau asal ni cakap gini "

" Aku buat tu salah,buat ni salah.ape tah diaorang nak haishhh "

" Relax bro,tak elok kau cakap mcm ni

" Pahal lak?kau nk jadi mcm along aku,bebel,bebel..ceramah sana sini.bingit tau tak  *$&@($&# "

" Eh2,bukan nak bebel,yang kau ni pahal?nak tengking2 aku lak..bla r kau "

.............
Si kawan pun berlalu tinggalkan singa yang tengah kepanasan..


Haaaa tengok ,time kau marah.macam-macam bahasa kau keluarkan.
itu satu.
Yang kau mengata parent kau,satu lagi

*Math kejap
Satu campur satu =2

Campur lagi 1 sebab kau dah sakitkan hati kawan kau
So.. 2 + 1 = 3
Allright total 3

Ok i know,kalau marah memang semua benda betul,kita cakap salah.otak.time tu pun tengah ala-ala mereng gitu.tak dapat fikir benda yang betul.

Sebab tu,kalau tengah marah,
kita kena kawal,

Tak boleh kawal baran?

No no no,jangan degil.
setan suka hasut orang tengah marah-marah.
Jangan buat apa-apa keputusan
Takut-takut kau sendiri gigit jari (menyesal) terkenangkan ape yang kau dah cakap.

L I D A H lebih tajam dari P E D A N G
Yesss!! Aku setuju.
asah lidah baru tajam?
eikkk..

Tak faham?
Ok here let me to explain it *bajet omputeh

PEDANG
=alat yang terkenal sebelum wujudnya M16,meriam dan sebagainya.

Ciri-ciri:
memerlukan kudrat yang tinggi untuk memegangnya.(Berat jah)

LIDAH
= i)salah satu organ yang
    merembeskan enzim amilase,
   ii)membantu dlm percakapan
   iii)memudahkan mengunyah makanan.

Ciri-ciri:
i)lembut
ii)bewarna pinkish gitu
iii)ada taste bud yang comel belaka
iv)tidak menggunakan kudrat yang tinggi  untuk berfungsi.

Okay.jom tengok perbezaan antara dua ni

LIDAH   vs   PEDANG

Fokus pada tang ciri-ciri tuu.

Kau nak guna pedang,
of course la kena pegang.hold dengan segala tenaga yang kau ada (cari pedang yang ringan sikitt haha)

Tapi lidah,
Kau takyah pegang,takyah pasang bro .Allah bagi pakej lengkap.sempurna.

Cuma
Terpulang pada kau.
Macam mana kau "gunakan" lidah tu.

BaikBuruk?

Choice ada dekat kau..
Kalau tang buruk.
Kau maki org,hina org
Senang kata,semua buruk pasal orang kau sebut..

Kalau touch tang baik.
Kau zikir,baca quran,berselawat,sentiasa jaga tutur kata.

*vromm2 iklan satt...
[bukti ilmu seseorang daripada tutur katanya.]
*continue

Molek dah jaga semua.
Orang pun nak tolong doakan baik-baik je untuk kau.
Tapi kalau kau amalkan tang buruk tu?
Ehem2.agak2 ada tak orang nak ingat kau dengan perkara yang baik-baik?

¦Tolong digest sebentar dengan bantuan otak dan akal ¦

Yes
Memang tak ada la orang nak kasihankan kau.Tapi,nasiblah kalau dapat orang yang baik dan TAK simpan dendam dekat kau.

"Parent?ah jahanam ah diaorang"
Alahaii..anak..
Kalaulah mak ayah kau tau,
Bila dah besar perangai kau macam seton (syaitan dalam bahasa pasar)
Rasa-rasa..masa kecik lagi diaorang dah tak nak bela kau...

Ini la takdir Allah.
Semua telah ditulis sejak azali.

Tak best la kalau semua benda kita dah tau.
Allah nak tengok usaha kita dalam didik anak-anak ..ye,tak?sabo ke idok.

Banyak tanggungjawab
Berat amanah

Dekat sana nanti Allah akan tanya semua
Apa yang kau kerjakan saat hidup kau.

Ayoyo soalan malaikat Mungkar dengan Nangkir belum tentu kita lepas.

Allahuakbar ! !
                         (Allah Maha Besar)

*pejam mata kejap*

Nak buat apa-apa,fikir sebelum bertindak
moga kita semua berlindung dalam rahmat Allah.

Wallualam
maaf kalau ada yang tersilap.
terima kasih sebab luangkan masa untuk baca ^__^
sekian.