Wednesday 13 February 2013

Tayangan Skrin Amalan

Bagi mereka yg menghadapi hisab(hitungan) amalan yg sukar,dia akan ditanya setiap satu amalannya.Yang kecil mahupun besar.Sekiranya bersetuju dan mengakui,maka lebih mudah urusannya.Namun jika ada yang ingin berdolak dalik atau cuba menyembunyikan kebenaran,maka itu mulutnya akan terkunci lantas anggotanya akan menjadi jurubicara dan saksi..Manusia tidak lagi dibenarkan untuk membela diri dan mengemukakan alasan.Juga tidak lagi diterima pengakuan dan taubat si penzalim dan pendusta.
Tatkala itu akan ditayangkan di skirin tayangan segala amalan yang telah dilakukan.Secara langsung tanpa sebarang suntingan.Semuanya terpampang buat tontonan,Tiada kata yang bisa terucap,melainkan rasa malu dan kesal berpanjangan.Semua ini dikhabarkan buat ingatan dalam sisipan mafhum firman al-Rahman dalam surah al-Zalzalah ayat 6-8 "Pada hari itu,manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing)agar dapat diperlihatkan kepada mereka segala amalan mereka (dan balasannya) .Maka sesiapa yang melakukan kebajikan walau hanya seberat zarah,nescaya akan dilihatnya.Begitu juga dengan kejahatan.

MEMILIH KUALITI LAYAR TERBAIK
Justeru apakah amalan kualiti layar kita nanti di akhirat?Apakah watak "antagonis" ini yang anda ingin lihat nanti atau watak lain sabagai suatu pilihan?Babak menarik selimut tatkala azan dilaungkan ATAU babak tangisan yang tersimbah tatkala sujud di ribaan sejadah yang ingin disaksikan?Semuanya terletak pada diri kita untuk membuat penentuan.Istiqamahlah membina plot-plot keikhlasan dalam babak-babak kebaikan dan kebajikan sebagai realiti kehidupan agar sempurna tayangannya nanti dengan latar berbunyi pujian dan kesyukuran.
JazakAllah khairan~

ILMU YANG BERMANFAAT

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Apabila mati seseorang manusia,terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara;sedekah yang pahalanya selalu mengalir(sedekah jariah),ilmu yang bermanfaat serta anak solah yang selalu mendoakan."
(riwayat ai-Bukhari dan Muslim)

Ilmu yg bermanfaat akan kekal membuahkan pahala selagi mana ia diamalkan tidak kira oleh diri sendiri atau orang laindan selagi mana ia disebarkan.