Sunday 4 January 2015

Ilmu oh ilmu ~ (part 1)

Zaman kanak-kanak
Haaa mesti korang rindu zaman ni.
Bangun pagi mak kejut
Lepas solat subuh,sarapan
tadaaaa...

macam-macam sarapan mak kita masakkan,siap bekal lagi..
Sape tak sayang anak,kan?

Aku belum ada anak lagi,
Anak tekak ade la.haha

Flashback dari zaman tadika dulu..
Zaman sekolah rendah.
Time darjah 6,kemain kau berlagak jadi senior
Lepas tu ..
kau masuk sekolah menengah jadi junior balik *haha
Time ni zaman paling famous >_<
Pejam celik..ehh dah form 5
*cepatnya masa berlalu

Sedar tak sedar.kau dah jadi bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN XXX
Dah masuk alam "dewasa" *gamaknye

Masing-masing dah bawa haluan sendiri.
Sepanjang hidup kau bergelar budak bawah umur.

Pernah tak kau terfikir..

Apa tujuan kau pergi sekolah?

Apa tujuan kau amik sijil UPSR,PMR,SPM ?dan sekarang ada PT3

Apa tujuan kau bangun pagi-pagi?

Apa tujuan beli buku banyak-banyak? ,bahkan beratus beribu mak ayah kau keluarkan duit semata-mata nak belikan buku untuk kau selama 11 tahun kau bergelar pelajar sekolah .

Haaa..

mungkin ada yang terfikir,dan mungkin ada yang tak terfikir langsung!

Sokayy2

Kau belajar.result kebam keboom *macam bunyi mercun

UPSR 5A
PMR 8A
SPM 9A+

Uishhh hebat. *tepuk tangan sikit
Geliga otak kau.
Kalah aku ni ha.result cukup makan
Tapi alhamdulillah ^_^

Dengan sijil-sijil ni,dapat kerja bagus.
Alhamdulillah.
beli la apa-apa yang kau nak beli.

Tapi~

Boleh ke kau beli ilmu ?

"kan dah kaye,beli jelah..jutawan kot ,tak mampu apenye"
...................................................................
"Manusia tak akan berhenti menuntut ilmu sehingga ke liang lahad"
...................................................................
-Kata-kata cikgu mathematics aku time darjah enam dulu.

Maksudnya:
Masa nak gali kubur pun,kau masih perlukan ilmu,nak korek berapa dalam
Keluasan,lebar,luas,skill nak korek tanah,cara-cara nak pegang cangkul..
Senang kata,semua perlu ilmu..

Ok,see..banyak,kan?

Tuntut ilmu

Bukan setakat kau duduk,
Dengar cikgu / pensyarah bebel dekat depan.*mengajar
Habis masa..
Bla.*keluar kelas

Bukan bukan bukan ...
Tak semestinya.kalau ilmu mesti hadap buku..

Contoh:

Kau tak reti siang ikan
Time mak kau masak dekat dapur,tolong-menolong la,sambil belajar.
Satu persatu dia ajarkan cara nak siang ikan.

From that day, *cehh
kau dah reti siang ikan sendiri.
Masak sendiri.

Haa itu lah skillnya
Kau belajar tadi ada pakai buku tak?
Pen?
Tak ada,right ?

Okay,dah dapat ilmu.pandai dah.
Alhamdulillah ..
Malas belajar,hadap buku,bosan sangat :(
Hahaha.aku pun malas jugak

Tapi

Disebabkan fikir mak ayah yang berhempas pulas besarkan aku,yang tak jemu-jemu layan kerenah aku.aku gagahkan diri :')

Jangan layan malas, *nasihat untuk aku jugak
Walau sekali..
Nanti die datang lagi tanpa diundang !

S  E M ANGAT!
Yesss ,semangat perlu ada..carilah mana kekuatan kau.

In shaa Allah,Allah bantu ..
Doa tak dikabulkan?

:) SABAR

Allah uji,makna Allah sayang kita
Aku pun taklah kuat mana.

Yokk..

Kita sama?sama timba ilmu Allah yang luas ^_^
Wallahualam
*Maaf terkasar
Sekian.



No comments:

Post a Comment